It’s OK, I have Allah
It’s OK, aku dah cuba
Cuba untuk membantu
Cuba untuk memberitahu
Kalau dia boleh membuat kau bahagia
Kalau kau tahu apa yang kau buat
Kau dipersilakan
Jangan cakap aku tak suka
Jangan cakap aku tak tahu kau sayang
Jangan cakap aku tak boleh tengok kau senang
Melihat kau bahagia, itu yang aku mahu
Aku tetap ada disini
Engkau yang tak mahu dekati lagi
It’s OK, aku dah cuba
Allah tahu, aku dah cuba
Aku hanya menasihati
Untuk menghindari dari kau berduka nanti
Niat ku satu, aku mahu melihat kau bahagia yang azali
Engkau membenci, cara ku, laku ku, tapi itu aku
Aku mohon maaf diatas kedegilanku untuk membantu
Aku pergi dulu, seperti yang kau mahu
